| Wanita |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator | |
| Rabu, 19 November 2008 | |
|
Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh golongan wanita di kawasan Kg. Charok Kudung adalah membaca Yasin, bergotong- royong dan menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Membaca Yasin
Majlis membaca Yasin dan Khatam Al-Quran merupakan aktiviti yang selalu dilakukan oleh golongan wanita secara bergilir-gilir. Dimana mereka akan bergilir-gilir rumah ke rumah mengikut hari dan masa yang di tetapkan oelh tuan rumah itu. Aktiviti seperti ini mengeratkan lagi silaturahim penduduk kampung itu.
Bergotong-Royong
Aktiviti bergotong-royong di rumah kenduri merupakan kebiasaan bagi golongan wanita membantu tuan rumah membuat kenduri dengan lancar.
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Selain aktiviti membaca Yasin dan bergotong-royong, golongan wanita di sekitar Kampung Charok Kudong menyertai Persatuan Amanah Ihktiar Malaysia. AIM di Kg. Charok Kudong beroperasi pada hari Rabu. Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan. Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Sejarah Bank Grameen bermula apabila Dr. Muhammad Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Ahad, 03 Mei 2009 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Wanita 


