| Sejarah |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator | ||||
| Rabu, 19 November 2008 | ||||
Muka 1 terhadap 2 Sejarah Mukim
Menurut cerita dari orang tua-tua, asal usul nama Guar Kepayang adalah bermula dari kedatangan pendatang yang berasal dari Petani. Merekalah yang bermula-mula sekali menerokai tempat asal Guar Kepayang. Di Guar Kepayang ini terdapat sebuah bukit. Diatas bukit pula ada sebuah gua. Menurut yang empunya cerita, satu ketika dahulu dala gua ini terdapat berpuluh-puluh biji tempayan dan pinggan mangkuk. Semua ini adalah di jaga oleh pari-pari.
Semua orang kampung yang ingin mengadakan kenduri pasti akan meminjam pinggang dan mangkuk ini dengan syarat selepas selesai kenduri mestilah di pulang balik ke gua tersebut. Akan tetapi tidak semuanya mematuhi segala syarat yang dikenakan. Ada yang mengambil kesempatan tidak dipulangkan langsung. Yang demikian menimbulkan kemarahan kepada pari-pari tersebut. Akhirnya terus berpindah dari gua dan ada yang mendakwa pari-pari ini berada di Gunung Jerai.
Nama asal Guar Kepayang ialah diambil sempena dari gua tempayan yang menjadi tempat tinggal pari-pari tersebut. Gua Tempayan atau Guar Kepayang jika diucap sekali imbas hampir sama sebutannya. Ini bersesuaian dengan dialek yang diucap masyarakat Patani.
|
||||
| Terakhir dikemaskini ( Khamis, 30 April 2009 ) | ||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Sejarah 

